Apa itu CSS?
- CSS atau Cascading Style Sheet adalah satu mekanisma yang digunakan untuk mengawal stail laman web tanpa mengubah struktur laman web tersebut.
- Secara asasnya CSS digunakan untuk memaparkan elemen-elemen HTML di dalam laman web.
- Ia menjimatkan banyak kerja dan masa.
- Biasanya stail disimpan sebagai fail .css.
- Ini memudahkan programmer untuk menukar stail seluruh laman web dengan menggunakan satu fail .css sahaja.
- Style sheet boleh ditulis/ditetapkan dalam banyak cara.
- Ianya boleh ditulis didalam tag sesuatu laman web, disimpan sebagai fail .css atau di dalam "inline style".
- Secara umumnya, ada beberapa tahap keutamaan yang perlu diambil kira semasa mereka CSS:
- Browser default (Keutamaan terendah)
- External style sheet
- Internal style sheet - dalam tag head
- Inline style sheet - dalam elemen HTML (Keutamaan tertinggi)
bersambung...
1 comments:
die pnye "bersambung..." tu xley bla..hahahahha..
bile agknye ko nk sambung
Post a Comment