javascript:void(0)

Monday, March 8, 2010

Galakkan atau Gelakkan?

Assalamualaikum semua,

Entri kali ini bukan bertujuan untuk menceritakan politik di negara Malaysia ini, kerana semua pun sudah tahu bagaimana politik dan kerajaan Malaysia bergerak. Jadi, tak perlu lah aku bercerita pasal politik dan seangkatannya di blog ku ini.

Cuma kali ini, aku mahu berkongsi sebuah portal government yang menyentuh aspek-aspek kesihatan.

Sambil aku menyelak beberapa laman di dalam portal ini, aku tertarik dengan satu perkataan, iaitu Kontraseptif. Apa itu Kontraseptif - Kontraseptif adalah satu kaedah untuk mencegah penghamilan.

Ok, disini aku hanya mahu mengkritik penulis yang menulis di salah sebuah laman di dalam MyHelath.gov.

Info dibawah, aku petik dari link yang kuberikan diatas.

[klik image untuk paparan besar]

Dan jika kalian membaca "Fakta Kontraseptif" di dalam laman portal tersebut:

"Pengetahuan mengenai kontraseptif di kalangan remaja sangat penting kerana bilangan remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual semakin meningkat.

Remaja digalakkan mendapatkan nasihat orang dewasa atau anggota kesihatan mengenai kaedah kontraseptif yang sesuai bagi mereka."

WOW! Mengapa portal ini MENGALAKKAN LAGI remaja-remaja supaya melakukan aktiviti ONANI? Haha..aku dah tergelak bila aku baca lagi dan lagi..Onani bukan ke bahaya untuk tubuh badan. Lagi-lagi untuk remaja bawah umur, Yang aku tau pasal istilah REMAJA ni, REMAJA adalah budak-budak bawah umur. Mengikut kefahaman aku lah kan.

So, apa pandangan kalian? :D

Sunday, March 7, 2010

Sudah Sekian Lama, Inilah Habuannya

Wow, tidak tersangka aku, rupanya sudah 8 bulan aku tak mengupdate blog aku ni. Jadi, pada tahun ini, blog ku ini akan ditaburkan dengan apa yang aku rasa, fikir dan buat dikala kehidupan harian ku.

- AH Pai